Tuesday, October 1, 2019

ONEXOX : SOALAN UTAMA SERING DI TANYA

1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd.


2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar sah yang dilantik.  LOKASI PENGEDAR 

3. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh. Ianya dinamakan MNP.


4. Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit tersedia RM5 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.   STATUS AKAUN          TEMPOH SAH

5. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.


Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.  
Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma):
SMS ke 22111- TRNS<jarak>DA<jarak><amaun yg hendak dipindahkan>  
Contoh: TRNS DA 18


Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.

Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN PRABAYAR untuk gambaran lanjut.

6. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.


7. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'XOX' ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara perbankan online menerusi portal SELF CARE

8. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal 'Self Care'?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
b. Dapatkan bil terperinci.
c. Tambah nilai.
d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
g. Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal


9. Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan 'Blackberry Internet Service'(BIS).

10. Adakah pelan data ONEXOX bersifat 'unlimited'?
TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi 4G+ (sehingga 90mbps tanpa kawalan kelajuan, bergantung kepada kebolehan peranti dan liputan) bagi muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'mana yang sampai dulu' iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.