Monday, January 19, 2015

JENTIK MINDA








Berbisnes Mencari Akhirat.

Dapat untung, dapat kaya, itulah rukun iman bagi kapitalis.
“Ish… ana tak nak la nak menjual, sheih. Em, takut jatuh ‘martabat’ (sebagai best student!)” jawapan saya pada sahabat bila diminta menjual untuk tambahkan dana bagi menggerakkan dakwah di kampus.
“Kenapa jatuh martabat pulak. Nabi berniaga, tak jatuh pun martabat kenabian!” Balas sahabat saya. ‘Sakit’ pipi saya. Terasa seperti dipelempang oleh tazkirah tersebut. Nabi juga berniaga. Jadi, siapa saya hingga rasa terhina untuk berbisnes?

Persepsi Negatif Pada Bisnes
Tazkirah sahabat tu membuatkan saya terfikir-fikir. Ada yang tak kena dengan cara saya berfikir.
Saya pandang orang berniaga adalah orang yang ambil ‘kesempatan’ atas orang lain. Mereka nak kaut sebanyak mungkin duit dalam poket kita! Persepsi itu jadi semakin teruk bila saya tertipu ribuan ringgit di tangan salesgirl dan salesman ‘gores dan menang’ di saat saya kesempitan duit!
Ramai benar orang di luar sana berbisnes begitu. Duit, duit dan duit. Duit adalah segala-galanya. Asalkan dapat jual, asalkan dapat duit, mereka rasa mereka berjaya. Rupa-rupanya, itulah dinamakan kapitalis! Di hujung perjalanan mereka duit – dunia. Dapat untung, dapat kaya, itulah rukun iman bagi kapitalis.
Persoalan sekarang, adakah Nabi berbisnes begitu? Pastinya tidak.
Roh Bisnes Dalam Islam
Bisnes dalam Islam tak begitu. Ia tak cukup dengan sah ataupun tidak aqad jual beli, tapi lebih daripada itu. Bisnes Nabi bukan sekadar syariat lahir, tapi ada roh di dalamnya. Kata orang Rufaqa’, berbisnes bermodalkan Tuhan, dan bermatlamatkan Tuhan.
Bisnes wujud sebab setiap manusia ada keperluan (sebagai pengguna). Keperluan makan dan pakai, keperluan kesihatan, keperluan hidup selesa, keperluan bergerak ke sana ke mari, keperluan perlindungan dan keselamatan dsb. Tak kira kecil atau besar (dewasa), mereka semua ada keperluan.
Setiap Manusia Ada Keperluan
Siapa yang sediakan keperluan tersebut? Ya. Allahlah yang sediakan keperluan tersebut – melalui orang yang berbisnes!
Orang yang berbisnes, maksudnya dia membuat kerja sebagai Khalifah Tuhan – sediakan keperluan manusia. Dia bertungkus lumus membantu ramai manusia untuk dapatkan keperluan. Kerjanya membantu, memberi khidmat dan memberi manfaat. Lebih ramai manusia dapat manfaat dari dia, lebih besarlah kasih sayang Tuhan padanya. Dan lebih untunglah dia di Akhirat kelak!
Oh, betapa mulianya orang yang berbisnes.
Berbisnes Mencari Akhirat
Orang mukmin berbisnes mencari Akhirat. Dia kejar Akhirat, tapi Tuhan pakejkan dunia bersama Akhirat. Dunia (profit) akan kerjarnya dari belakang. Dunia tak perlu dirisaukan-risaukan. Asalkan dia patuh pada hukum syariatullah dan sunnatullah (sains) dalam perniagaan, dunia Akhirat dia akan dapat. InsyaAllah.
Dulu saya fikir, nak kejar Akhirat, kena duduk lama di masjid dan tikar sejadah. Kena banyak bersolat, berwirid dan mengaji. Tak perlu fikir sangat pasal kerja dan kerjaya. Tapi sebenarnya fikiran tu adalah silap. Itu ‘sekular’ namanya. Memisahkan dunia dan akhirat. Padahal dunia adalah ladang untuk Akhirat. Setiap aktiviti kita di dunia, sepatutnya ada kena mengena dengan Akhirat.
 
Memberi Manfaat Sesama Manusia
Nakkan akhirat tak cukup dengan ibadah khusus. Kita kena keluar, beri manfaat kepada manusia – beribadah umum. Selain dakwah, berbisnes salah satu cara memberi manfaat sesama manusia.
Saya cukup kagum dengan mereka berbisnes.
Kerana ada orang berbisnes cakoi contohnya, saya dapat jimat duit dan masa untuk menikmati cakoi. Walaupun saya boleh buatnya sendiri, peniaga cakoi memudahkan saya. Tak perlu berhabis masa menguli, dan tak perlu berhabis duit membeli bahan-bahan membuat cakoi. Oh, betapa berjasanya si penjual cakoi pada saya…
Si Penjual Cakoi Mencari Akhirat
Bayangkan jika penjual cakoi tu buat dengan terbaik, letak bahan terbaik, pastikan kebersihan dan kesuciannya terbaik, berjual beli dengan cara terbaik, wah… besarnya kasih sayang Tuhan untuk si penjual cakoi. Si penjual cakoi telah beri manfaat pada saya dan ramai manusia. Manusia suka, Tuhan redha. Akhirat dia dapat, dunia Tuhan pakej sekali.
Bila Tuhan suka dan manusia (pelanggan) pun suka, untung rugi tak perlu dirisau-risaukan lagi.

Jom berbisnes dengan sertai ONEXOX..Hubungi saya untuk mendaftar 012 9522559 kerana onexox patuh syariah.

kredit artikel : http://www.mohdzulkifli.com/

No comments:

Post a Comment